Friday, November 3, 2017

Resepi: Paprik ayam mudah sedap

masakan paprik antara adalah hidangan kegemaran saya sekeluarga.
dan antara hidangan saya masa malas.
 masak 1 lauk jer pun dah cukup sbb dah ada kuah, sayo & lauk.
 hehehe... kalu rajin skit lagi goreng jer telor dadar.
 ada pulak sambal belacan mmg dah cukup lengkap menu utk makan malam atau makan tengahari ala2 warung siam.

ok saya share di sini resepi mudah versi saya.

BAHAN-BAHAN:

1/4 ekor ayam dipotong kecil (peram dgn garam,kunyit,halia)
2 ulas bawang putih (ketuk)
2 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
karot
bunga kobis
2 helai daun limau purut
1/3 cawan air
gula & perasa secukupnya

CARA-CARA:

goreng ayam 3/4 masak. jangan sampai garing.
buang sedikit minyak2, agak2 cukup utk menumis dlm kuali td.
masukkan bawang putih yang diketuk.
masukkan cili kisar, goreng cili sampai masak, masukkan sos cili,
 sos tomato sos tiram & air.
masukkan daun limau purut, carrot, bunga kobis gula & bahan perasa secukupnya.
siap untuk dihidangkan...

SELAMAT MENCUBA...



No comments:

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015