Monday, January 9, 2017

RESEPI: kek kukus masam manis

assalamualaikum korang... selamat tahun baru..
lambat skit saya wish. byk dugaan & cubaan saya & keluarga terima menjelang tahun baru.
takpe.. semuanya saya terima dengan redha. 
Allah uji kita sebab Allah sayang kita.

baru-baru ni [2-3 minggu lepas] saya ada up status kat fb tentang hot selling kek kukus saya suatu masa dulu. ramai jugak yang request resepi. 
ni baru berkesempatan taip balik resepi tu. 
sebelum ni resepi tu dalam buku saya.

kek ni tersangat mudah dan sedap. makan panas2 wallaaa... 
tergigit pulak kepingan asam tu aduhhh... rasa balik ni nak buat laa..
dulu saya jual RM12 satu. bahan2nya pun mudah sgt.

satu adunan tu dapat 2 kek mcm dalam gambar tu. loyang 8x4.


KEK KUKUS MASAM MANIS

160 gm mentega
125 gm gula kastor
125 gm tepung naik sendiri
3 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla
50 gm kepingan asam manis ~ dipotong halus/cincang [contoh gambar di bawah]

Sediakan loyang yang sesuai
Sapukan mentega pada loyang dan alas dasar loyang dengan kertas kek

Panaskan periuk pengukus

Pukul mentega dan gula hingga sebati
Masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga rata
Tambahkan esen vanilla dan teruskan pukul
Akhir sekali masukkan tepung dan kepingan asam manis
Tuangkan adunan yang telah siap ke dalam loyang
Tutup loyang dengan kepingan aluminium foil
Kukus kek selama 1 jam dengan api yang besar atau sehingga kek di masak dengan sempurna

Sejukkan kek sepenuhnya di atas redai setelah masak sebelum di potong dan dihidangkan. 

 kepingan asam manis (sumber google)

1 comment:

mrs kayrul said...

sedapnya..x pernah rasa..tengok bahan macam senang..boleh cuba la nanti

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015