Thursday, December 4, 2014

Riadah petang: berkebun dengan anak

ko tajuk tak hingat... berkebun la kononnn...
 walhal tanah seinci pun takde. bahahaha...
ada beberapa pasu pun aku tenggekkan kat sempadan pagar rumah jiran, sempadan gitu.
masa dok umah sewa dulu aku rajin jugak bercucuk tanam. mcm2 pokok ada.
 kalo weekend mesti gi nursery dgn asben. beli pasu, pokok, beli tanah, beli baja. 
sronok bertanam2 ni. 
tapi tangan aku takde laa sejuk mana... 
org2 tua kata tangan panas. tanam apa2 mcm susah nak idup gitu...

skrg bila dok umah sendiri seinci tanah pun takde, so tanam laa dalam pasu.
 tp aku dah xde tanam pokok bunga lagi dah. aku tanam pokok yg bermanafaat je utk aku masak2.
 alaaa 2-3 pasu je pun.
daun pandan, pokok kari, daun kunyit dan pokok limau purut.

aktiviti berkebun ni citer minggu lepas.
aku nak tanam semula pokok pandan aku yg dah buruk batang utama dia.
so aku potong pokok yg pucuk ujung (anak pokok) untuk ditanam semua. 
ada laa dalam 5 pokok gitu. aku tanam 2 je, 
lagi 3 aku bawa ke opis bagi kawan2 yang nak anak pokok pandan tu.

budak2 tu kemain seronok main tanah, main pasir. fefeeling dok kat pantai kot.
aku biarkan je diorang explore semua tu. 
tak semestinya kena bawa gi tempat mahal2 nak beraktiviti dengan anak.
depan rumah pun boleh buat aktiviti sendiri
sampai maghrib jugak laa bercucuk tanam.
yaya pulak dah lepas mandi baru aku perasan 5-6 das kena dek nyamuk
gara2 berkebun. iyer laaa dah petang kan, nyamuk pun byk laaa..

aku berangan kalu laa ada rumah bertanah nak buat edible garden. 
mcm rumah2 omputih gitu ada taman2 kecik kat blkg rumah. 
berangan je laa... eehh mana tau ada rezeki boleh buat umah kat kampung kann...

 aku bancuh tanah dalam kotak je sbb taknak bagi kotor simen.
yaya kemain sronok sampai berebut gak senduk tu dgn abang dia...


 rayyan dapat garpu. dok main cucuk dalam pokok pandan yg aku baru tanam.
dengan tak berbajunya si rayyan ni...

 ada laaa dalam 4-5 pasu pokok aku. tu pun dah mcm hape dah.. segan2 je nak idop.

 ni laa pokok pandan aku yg dah nak mati tu. batang utama dah buruk pun.
 tu yg aku potong yg ujung untuk tanam semuala...

 pokok limau purut yg ujung skali tu tinggal batang je. 
sbb dah banyak kulat putih2 tu aku cantas abis.
semalam dah nampak kuar tunas baru. sayang kalu mati terus pokok ni. 
nampaknya aku kena lagi rajin pasni menguruskan pokok2 tu. kikikiki...  
bajet mcm banyak je nak uruskan pokok...
ni laa 2 pokok pandan yang aku tanam semula tu. harap lepas ni hidup subur. 
pokok pandan ni kena rajin siram je. kalu kat kampung tanam tepi2 parit subur laa dia...

9 comments:

Chekgu Azrine said...

rajinla amy..heheheeh

Julia Johari said...

Seronok yer akak anak beranak rajin bercucuk tanam...akak sekarang dh maju...xd tanah pun leh je bercucuk tanam kan dlm pasu atau hidrofonik...seronokkkkk ye kak

GOLD FINGER said...

Tess..aku kalau tanam semua mati..bibik marsiah dulu yer suka tanam..hidup jer..

Ibu Dilah said...

seronok la anak2 tu ye dapat main tanah.. umah saya dah nak macam hutan dah pokok penuh tp x terjaga.. huhu.. sempat bersihkan sebulan sekali or 2x jer kak.. rimas pulak sy tengok.. huhu

CikNaa said...

rajin! ciknaa ada tanah sebelah rumah tanam serai & daun pandan aje..huhu

ieza ashaari said...

Huhu..impian mmg menggunung. Umh family za ni tanah luas, tp pemalas za ni. Lol..

yoorin melacolea said...

rajinnye kak.. ?Kalau kat kampung kite feberet tanam orkid.. banyak orkid.. kepuasan bile bunga cantik tak rosak.. tp laa ni dok rumah mencucuk awan, nak tanam tauge pon x bolehhh.. sobsbsss..

Allene ALineWorks said...

sukanya aktivity macam ni///

Najib Ariyan said...

kalau saya ada rumah bertanah besar... saya akan bercucuk tanam dan juga membela binatang ternakan seperti ayam itik angsa ayambelanda ayam api swan dan juga burung merak... kalau lapar saya semelih

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015